Tuesday 11 June 2013

Contoh RPH KH Tahun Lima

Mata Pelajaran          
:
Kemahiran Hidup
Kelas
:
5 Cergas
Tarikh
:
9 September 2008
Masa
:
9.00 – 10.00 pagi
Bilangan pelajar         
:
30/33
Tajuk
:
Ikan Hiasan
Sub Tajuk
:
Penyediaan Bekas/ Akuarium
Kemahiran
:
Pelajar dapat memilih akuarium/bekas dan aksesori yang sesuai serta menyedia dan menghias akuarium.  Selain itu kemahiran reka letak dan menyusun atur aksesori untuk mendapatkan pemandangan yang cantik.
Pengetahuan Sedia Ada
:
Pelajar telah mengetahui jenis-jenis ikan hiasan dan tujuan memelihara ikan hiasan.
Hasil Pembelajaran
:
Di akhir pengajaran,  pelajar dapat:
1.      Menyebut 7 daripada 9 aksesori bekas akuarium dengan betul.
2.      Menyatakan 7 daripada 9 langkah-langkah menyedia dan menghias bekas akuarium dengan betul.
3.      Menyusun dengan tepat 3 urutan teknik memasukan ikan hiasan ke dalam bekas/kolam dengan bantuan kad bertulis.
4.      Melakukan amali penyediaan bekas ikan hiasan dengan aksesori yang dibekalkan dengan sekurang-kurangnya 80% pencapaian lengkap dengan betul.
Nilai-nilai Murni
:
Kerjasama, Bersih, Bertanggungjawab, Jimatkan Air, Menyayangi haiwan peliharaan, dan Estetika
Kemahiran Berfikir
:
Membuat Inferens, menjana idea, membuat gambaran mental, mengingat kembali, menyusun mengikut keutamaan dan membuat rumusan.
Bahan Bantu Mengajar
:
Video, kamera, muzik, power point, bekas akuarium, pam, penapis, batu, pasir, tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster, model, lampu akuarium, ikan hiasan, kad nama, papan tulis, marker pen, gula-gula, pensil, pemadam dan nota edaran.
Pendidikan Alam Sekitar
:
Tumpahan minyak dan pencemaran air yang sering berlaku  mengakibatkan hidupan dalam air mati.
Kajian Masa Depan
:
Komersialkan pemeliharaan ikan hiasan sebagai punca pendapatan sampingan.
 
 
 
 
 
Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set induksi
(5minit)
Pengenalan kepada tajuk penyediaan bekas/ akuarium
1.       Murid melihat rakaman video mengenai situasi dalam sebuah akuarium yang dipenuhi dengan batu karang dan ikan hiasan yang berwarna-warni.
2.       Rakaman diiringi dengan muzik lembut dan dialog percakapan dari dua ekor ikan yang ada di dalam akuarium melalui rakaman suara.
3.      Ikan-ikan tersebut menceritakan tentang terselamatnya mereka dari situasi air laut yang tercemar oleh tumpahan minyak.
4.       Guru memperkenalkan tajuk pengajaran hari ini
"Penyediaan bekas/akuarium"
BBM:
Video kamera, muzik
Kemahiran Berfikir:
Membuat inferens, menjana idea
Nilai-nilai Murni:
Menyayangi haiwan peliharaan,
PAS:
Tumpahan minyak dan pencemaran yang sering berlaku mengakibatkan hidupan air mati
 
Langkah 1
(10 minit)
Memilih aksesori bekas/ akuarium
1. Aksesori akuarium asas:
i)      pam
ii)     penapis
 
 2. Aksesori tambahan :
iii)    batu
iv)    pasir
v)     tumbuhan akuatik
vi)    kayu buruk
vii)   poster
viii)  model
ix)      lampu akuarium
 
 
 
1.       Murid diedarkan nota rujukan
2.       Murid melihat tayangan power point sambil mendengar penerangan guru mengenai langkah penyediaan bekas/ akuarium ikan hiasan.
3.       Murid melihat tayangan video mengenai penyediaan bekas/ akuarium yang lengkap dengan aksesori tambahan berserta dengan muzik dan suara latar.
 
BBM:
Power point, Nota edaran,  tayangan video, pam, penapis, batu, pasir, tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster, model, lampu akuarium  
Kemahiran Berfikir:
Membuat gambaran mental, mengingat kembali
Langkah 2
(15 minit)
Langkah-langkah menyedia dan menghias bekas akuarium
i)     letakkan akuarium di lokasi   pilihan, pastikan ada pendawaian elektrik dan bekalan air.
ii)    membersih dan bilas bahan   hiasan seperti kayu, pasir dan   batu.
iii)   letakkan arang diaktifkan dan   gegelang bio di dasar akuarium.
iv)   masukkan batu, pasir dan kayu buruk
v)    tanamkan tumbuhan kuatik/tiruan
vi)   masukkan penapis dalaman dan lekatkan pada dinding tangki  akuarium.
vii)  masukkan air yang telah dinyah klorin ke dalam akuarium
viii) hidupkan penapisan dalaman dan  nyalakan lampu
ix)   masukkan ikan
 
Pemilihan aksesori bergantung kepada spesis
ikan yang hendak dipelihara.
 
1.       Wakil kumpulan akan mengambil segala peralatan dan aksesori akuarium yang akan dipasang di meja kerja kumpulan mereka.
2.       Murid mengikuti langkah penyediaan bekas akuarium secara amali di dalam kumpulan setelah diterangkan oleh guru.
3.       Murid diingatkan tentang keselamatan dan kerjasama berkumpulan
BBM:
Ikan hiasan, kad nama, bekas akuarium, tumbuhan akuatik
Kemahiran Berfikir:
Menyusun mengikut keutamaan, membuat gambaran mental
Nilai-nilai murni:
Kerjasama, jimatkan air, estetika, bersih, bertanggungjawab
 
Langkah 3
(15minit)
Teknik memasukan ikan hiasan ke dalam bekas/kolam
i)     letakkan beg ikan hiasan ke dalam akuarium/kolam selama 20 hingga 30 minit
ii)    masukkan sedikit air akuarium/kolam ke dalam beg plastik
iii)   biarkan ikan keluar bersama air daripada beg plastik
 
 
 
1.    Murid melihat tayangan video dan melaksanakan kerja amali selepas tayangan berkenaan.
3.    Murid memasukkan ikan ke dalam akuarium dan melabelkannya dengan kad kumpulan.
 
Penilaian
(10 minit)
Kuiz Berkumpulan
1.       Setiap kumpulan diberikan papantulis, marker pen dan pemadam.
2.       Murid diberi taklimat mengenai syarat pertandingan, masa menjawab ialah 15 saat.
3.       Murid dikehendaki menjawab secara bertulis dengan memaparkan jawapan pada papan tulis.
4.       Murid diberikan gula-gula apabila jawapan betul.
5.       Kumpulan yang menang akan menerima hadiah pensil daripada guru.
Nilai-nilai murni:
Kerjasama
BBM:
Papan tulis, pemadam, marker pen,  power point, gula-gula dan pensil.
 
Penutup
(5 minit)
Rumusan:
1.       Penyediaan bekas/ akuarium
a.        Memilih aksesori yang sesuai untuk bekas/ akuarium
b.       Langkah-langkah penyediaan bekas akuarium
c.        Teknik memasukkan ikan hiasan ke dalam bekas/kolam
1.       Murid dibimbing untuk membuat rumusan.
2.       Murid melihat tayangan video ikan hiasan sambil bersoal-jawab dengan guru.
 
Tugasan susulan:
Murid dikehendaki melakar akuarium yang canggih untuk tahun 2020.
Kemahiran Berfikir:
membuat rumusan
Kajian Masa Depan:
Komersialkan pemeliharaan ikan hiasan sebagai punca pendapatan sampingan
 
 

Contoh RPH KH Tahun 5

Thursday 6 June 2013

RPH BM KSSR Tahun 2

Tarikh               :    26 Mac 2012

Masa                :    60 minit

Tahun               :    2 Bijak

Mata Pelajaran :    Bahasa Malaysia

Tema                :    Alam Sekitar

Tajuk                :     Habitat Haiwan

 

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama :

2.1       Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

           

            Aras 2

           

                        i.          Menceritakan cerita yang didengar dan ditonton dengan menggunakan

                                    sebutan dan intonasi yang betul.

 

Fokus Sampingan:

5.1        Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan 

    memahami perkara yang dibaca.

 

Aras 1

iii.             Memahami perkataan, frasa dan ayat.

 

Standard Kandungan : 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada

pelbagai sumber dengan sebutan yang betul

 

Standard Pembelajaran : 2.2.2 Membaca dan memahami frasadalam ayat yang mengandungi

perkataan dua atau tiga sukukata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul

 

Standard Prestasi :     B1 D1 E2 Menyebut perkataan yang mengandungi diftong,vokal

berganding, digraf dan konsonan bergabung

 

 Pada akhir pengajaran, murid dapat :

1.    Menceritakan sekurang-kurangnya tiga maklumat penting yang didengar daripada paparan slaid yang ditayangkan iaitu contoh haiwan yang hidup di darat, di dalam air dan di kedua-duanya.

2.    Memahami perkara yang dibaca dengan menjawab soalan yang disediakan.

 

Kemahiran bahasa : Lisan dan Membaca

 

Sistem Bahasa:

Tatabahasa:  Morfologi

-       Kata Nama

 

Pengisian Kurikulum:

           Ilmu  -  Dunia Sains, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik

           Nilai  -  Kerjasama

                     -  Berdisiplin

 

Kemahiran Bernilai Tambah:

-          Kemahiran Berfikir

-          Kecerdasan Pelbagai

 

Elemen Kerentas Kurikulum : Kreativiti

 

Kosa Kata: buaya, harimau, tupai, kuda laut, peguin, anjing laut.

 

 

Langkah/

Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran

Pembelajaran

Catatan

Set

Induksi

( 5 minit )

Beberapa bunyi haiwan dimainkan oleh guru

-kucing

-ayam

-kuda

-burung

 

.

1.Murid meneka beberapa bunyi haiwan yang dimainkan oleh guru.

 

 

 

 

BBM : Bunyi Binatang (MP3)

 

KBT:

Kemahiran Berfikir

Langkah 1

(20 minit)

Slaid Habitat Haiwan

 

-Haiwan yang hidup di darat.

 

-Haiwan yang hidup di dalam air.

 

-Haiwan yang boleh hidup di darat dan di dalam air.

1. Murid dikehendaki melihat paparan slaid yang telah disediakan oleh guru.

 

2.Ketika slaid ditayangkan, guru menyoal beberapa soalan-soalan mudah kepada murid untuk memastikan tahap kefahaman murid.

 

3.Setelah selesai melihat slaid, secara berpasangan murid diminta untuk menceritakan tentang slaid yang telah ditayangkan iaitu berkenaan 'Habitat Haiwan'.

BBM: paparan slaid ,PPT

 

KBT:

Kecerdasan pelbagai

- Verbal linguistik

 

BCB :

Kemahiran

Lisan

 

Kemahiran

Berfikir:

-Menilai dan mentaksir

 

Langkah 2

(10 minit)

1.Murid membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul .

 

2.Guru membimbing murid membaca dengan betul.

 

3.Murid menjawab soalan-soalan yang disediakan guru.

 

 

 

 

1.Guru membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan diikuti oleh murid.

 

2.Kemudian guru memilih seorang  murid untuk membaca kuat dan rakan-rakan yang lain perlu mengikut murid tersebut.

 

3.Aktiviti ini diteruskan dengan memilih murid yang lain untuk membaca secara kuat dan rakan-rakan lain perlu mengikutnya.

 

4.Setelah selesai aktiviti membaca, murid diminta untuk menjawab beberapa soalan yang telah disediakan.

BBM:

- paparan slaid,

    PPT

-Aktiviti1

-Aktiviti2

 

BCB:

-Kemahiran bacaan mekanis

-Kemahiran mencari maklumat

 

 

 

Langkah 3

(20 minit)

1.Murid mengelaskan haiwan mengikut habitatnya di dalam petak yang telah disediakan.

 

2.Murid melukis dan mewarna gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

 

3.Guru memberi bimbingan dan memantau aktiviti murid.

1.Guru mengedarkan kertas yang mengandungi  petak-petak  darat sahaja, air sahaja serta darat dan air.

 

 

2.Murid diminta untuk memenuhkan petak-petak tersebut dengan melukis gambar haiwan mengikut habitatnya.

 

3.Kemudian, murid dikehendaki mewarnakan gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

BBM:

Aktiviti3

 

KBT:

Spatial dan ruang

Penutup

(5minit)

Murid membuat rumusan tentang tajuk pelajaran dengan bantuan guru.

1. Murid dibimbing merumuskan perkara yang dipelajari.

 

2.Murid menyenaraikan nilai murni yang telah diperoleh hasil daripada pembelajaran mereka.

 

3.Murid menyayikan lagu yang telah disediakan bersama-sama guru

BBM: 

Slide PPT lagu

Youtube lagu haiwan

 

Nilai Murni:

Cintai dan sayangi haiwan.

 

KBT:

Muzik

 

Nota Tambahan:

 Terdapat beberapa aktiviti tambahan yang disediakan. Sekiranya perlu aktiviti-aktiviti tambahan ini boleh digunakan mengikut kesesuaian. Oleh itu kita boleh memilih beberapa aktiviti sokongan yang sesuai.