RPH BM KSSR Tahun 2
Tarikh : 26 Mac 2012
Masa : 60 minit
Tahun : 2 Bijak
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tema : Alam Sekitar
Tajuk : Habitat Haiwan
Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama :
2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
Aras 2
i. Menceritakan cerita yang didengar dan ditonton dengan menggunakan
sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan:
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.
Aras 1
iii. Memahami perkataan, frasa dan ayat.
Standard Kandungan : 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada
pelbagai sumber dengan sebutan yang betul
Standard Pembelajaran : 2.2.2 Membaca dan memahami frasadalam ayat yang mengandungi
perkataan dua atau tiga sukukata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul
Standard Prestasi : B1 D1 E2 Menyebut perkataan yang mengandungi diftong,vokal
berganding, digraf dan konsonan bergabung
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
1. Menceritakan sekurang-kurangnya tiga maklumat penting yang didengar daripada paparan slaid yang ditayangkan iaitu contoh haiwan yang hidup di darat, di dalam air dan di kedua-duanya.
2. Memahami perkara yang dibaca dengan menjawab soalan yang disediakan.
Kemahiran bahasa : Lisan dan Membaca
Sistem Bahasa:
Tatabahasa: Morfologi
- Kata Nama
Pengisian Kurikulum:
Ilmu - Dunia Sains, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik
Nilai - Kerjasama
- Berdisiplin
Kemahiran Bernilai Tambah:
- Kemahiran Berfikir
- Kecerdasan Pelbagai
Elemen Kerentas Kurikulum : Kreativiti
Kosa Kata: buaya, harimau, tupai, kuda laut, peguin, anjing laut.
| Langkah/ Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Pembelajaran | Catatan |
| ( 5 minit ) | Beberapa bunyi haiwan dimainkan oleh guru -kucing -ayam -kuda -burung
. | 1.Murid meneka beberapa bunyi haiwan yang dimainkan oleh guru.
| BBM : Bunyi Binatang (MP3)
KBT: Kemahiran Berfikir |
| (20 minit) | Slaid Habitat Haiwan
-Haiwan yang hidup di darat.
-Haiwan yang hidup di dalam air.
-Haiwan yang boleh hidup di darat dan di dalam air. | 1. Murid dikehendaki melihat paparan slaid yang telah disediakan oleh guru.
2.Ketika slaid ditayangkan, guru menyoal beberapa soalan-soalan mudah kepada murid untuk memastikan tahap kefahaman murid.
3.Setelah selesai melihat slaid, secara berpasangan murid diminta untuk menceritakan tentang slaid yang telah ditayangkan iaitu berkenaan 'Habitat Haiwan'. | BBM: paparan slaid ,PPT
KBT: Kecerdasan pelbagai - Verbal linguistik
BCB : Kemahiran Lisan
Kemahiran Berfikir: -Menilai dan mentaksir
|
| (10 minit) | 1.Murid membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul .
2.Guru membimbing murid membaca dengan betul.
3.Murid menjawab soalan-soalan yang disediakan guru.
| 1.Guru membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan diikuti oleh murid.
2.Kemudian guru memilih seorang murid untuk membaca kuat dan rakan-rakan yang lain perlu mengikut murid tersebut.
3.Aktiviti ini diteruskan dengan memilih murid yang lain untuk membaca secara kuat dan rakan-rakan lain perlu mengikutnya.
4.Setelah selesai aktiviti membaca, murid diminta untuk menjawab beberapa soalan yang telah disediakan. | BBM:
BCB: -Kemahiran bacaan mekanis -Kemahiran mencari maklumat
|
| (20 minit) | 1.Murid mengelaskan haiwan mengikut habitatnya di dalam petak yang telah disediakan.
2.Murid melukis dan mewarna gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.
3.Guru memberi bimbingan dan memantau aktiviti murid. | 1.Guru mengedarkan kertas yang mengandungi petak-petak darat sahaja, air sahaja serta darat dan air.
2.Murid diminta untuk memenuhkan petak-petak tersebut dengan melukis gambar haiwan mengikut habitatnya.
3.Kemudian, murid dikehendaki mewarnakan gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing. | BBM:
KBT: Spatial dan ruang |
| Penutup (5minit) | Murid membuat rumusan tentang tajuk pelajaran dengan bantuan guru. | 1. Murid dibimbing merumuskan perkara yang dipelajari.
2.Murid menyenaraikan nilai murni yang telah diperoleh hasil daripada pembelajaran mereka.
3.Murid menyayikan lagu yang telah disediakan bersama-sama guru | BBM:
Nilai Murni: Cintai dan sayangi haiwan.
KBT: Muzik |
Nota Tambahan:
Terdapat beberapa aktiviti tambahan yang disediakan. Sekiranya perlu aktiviti-aktiviti tambahan ini boleh digunakan mengikut kesesuaian. Oleh itu kita boleh memilih beberapa aktiviti sokongan yang sesuai.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home